Uncategorized

IPU Johan Setia masih di tahap sangat tidak sihat

Empat kawasan catat penurunan dengan bacaan IPU bawah 100

KUALA LUMPUR, 23 Muharram 1441H, Isnin – Setakat 12 tengah hari, kualiti udara di beberapa kawasan di Semenanjung semakin baik dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat penurunan daripada kategori tidak sihat kepada sederhana.

Bagaimanapun, bacaan IPU di Johan Setia, Klang di Selangor kekal sangat tidak sihat dengan bacaan meningkat kepada 216 berbanding 211, pada 9 pagi tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), antara kawasan mencatat penurunan IPU ialah Langkawi (99) di Kedah; Minden (98) di Pulau Pinang serta Kota Tinggi (96) dan Pengerang (99) di Johor.

Malah, jumlah kawasan yang merekod bacaan IPU tidak sihat juga menurun kepada 36 berbanding 40 pada pagi tadi.

Antara kawasan mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Balik Pulau (128) di Pulau Pinang; Taiping (105), Tasek Ipoh (147), Pegoh Ipoh (127) Seri Manjung (168) di Perak; Batu Muda (147), Cheras (161) di ibu negara; Putrajaya (183); Kuala Selangor (187), Petaling Jaya (174), Shah Alam (177), Klang (163) dan Banting (154) di Selangor.

Di Negeri Sembilan, tiga kawasan mencatat IPU tidak sihat iaitu di Nilai (197), Seremban (162) dan Port Dickson (152); Alor Gajah (137), Bukit Rambai (143) dan Bandaraya Melaka (133) di Melaka; Segamat (157), Batu Pahat (117), Kluang (109), Larkin (118), Tangkak (131) dan Pasir Gudang (105) di Johor; serta Sri Aman (115) di Sarawak.

Di Pahang, turut mencatat bacaan IPU tidak sihat ialah Temerloh (137), Jerantut (111), Indera Mahkota (161) dan Balok Baru (163); manakala di Terengganu ialah Kemaman (170), Paka (141) dan Kuala Terengganu (128); selain Tanah Merah (116) dan Kota Bharu (115) di Kelantan.

28 kawasan pula merekod kategori sederhana.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. -Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close