Berita UtamaGambar PilihanIstimewaUtama

Hina mahkamah: Tommy patut malu dan berundur

Bagaimana rakyat akan dibela jika AG sendiri bangkitkan prejudis: Isma

BANGI, 23 Muharram 1441H, Isnin – Lebih baik Tommy Thomas berundur daripada posisinya sebagai Peguam Negara demi menjaga integriti institusi perundangan di Malaysia, kata Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman.

Pemimpin tertinggi gerakan Islam utama itu berkata, kertas alasan penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad yang memutuskan secara prima facie bahawa Tommy telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues, disifatkan memalukan negara di depan masyarakat antarabangsa.

“Dia (Tommy Thomas) patut malu dan meletakkan jawatan. Keyakinan rakyat terhadap institusi keadilan itu telah musnah sama sekali.

“Tidak dapat dibayangkan bagaimana rakyat akan dapat pembelaan yang adil jika Peguam Negara sendiri sanggup menghina mahkamah dan membangkitkan prejudis terhadap badan keadilan negara,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

27 Ogos lalu, keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim memperoleh kebenaran daripada Mahkamah Koroner untuk memulakan prosiding komital (hina mahkamah) terhadap Tommy Thomas berhubung punca kematian anggota bomba itu tahun lalu.

Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan ex-parte (sebelah pihak) yang difailkan oleh ayah Muhammad Adib, Mohd Kassim Abdul Hamid.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, mahkamah mendapati wujud prima facie atas imbangan keberangkatan.

Menurut Rofiah, perlakuan Peguam Negara berkenaan adalah satu bentuk ‘scandalized’ prosiding inkues.

“Inkues berkenaan boleh sahaja ditanggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara” kata Rofiah.

Tommy didakwa membuat penghinaan terhadap mahkamah menerusi afidavit yang difailkan oleh Jabatan Peguam Negara pada 3 April lalu.

Dia juga didakwa telah campur tangan salah dalam pelaksanaan keadilan (‘unlawful interference in the cause of justice’).

Muhammad Adib, 24, yang juga anggota van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan EMRS Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close