Berita UtamaUtama

Dewan Rakyat maklum kekosongan kerusi Tanjung Piai

SPR diberi tempoh 60 hari isi kekosongan dari tarikh pemberitahuan

BANGI, 23 Muharram 1441H, Isnin – Dewan Rakyat mengambil maklum mengenai kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Tanjung Piai susulan kematian penyandangnya, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, Sabtu lalu.

Sehubungan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof telah mengemukakan pemberitahuan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini, mengenai kekosongan kerusi itu.

“Oleh yang demikian, selaras dengan Perkara 54 Fasal (1) Perlembagaan Persekutuan, pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan luar jangka Kerusi Parlimen Kawasan P.165 Tanjung Piai, Johor dalam tempoh 60 hari daripada tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Md Farid, 42, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri diamanahkan untuk menjaga portfolio Perpaduan Negara dan Kesejahteraan Sosial itu meninggal dunia pada jam 6 pagi Sabtu lalu, di Hospital Pontian, Pontian akibat serangan jantung.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Md Farid memenangi kerusi Parlimen Tanjung Piai selepas menewaskan penyandangnya, Datuk Seri Wee Jeck Seng, dengan memperoleh undi sebanyak 21,255.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close