Berita UtamaUtama

Ujian Mendengar PT3 diteruskan

JPN, PPD, pihak sekolah diingatkan berterusan pantau bacaan IPU

BANGI, 22 Muharram 1441H, Ahad – Ujian Mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) akan diteruskan di kawasan yang tidak terjejas akibat jerebu dengan pemantauan ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan berkata, ujian mendengar itu membabitkan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan al-Lughah al-‘Arabiah Al-Mu’asirah yang dijadualkan pada 23, 24 dan 25 September ini.

“KPM ingin memaklumkan bahawa berdasarkan pemantauan berterusan di seluruh negara menerusi bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sehingga 5 petang hari ini mendapati kebanyakan kawasan di negeri-negeri di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan tahap bacaan IPU tidak sihat dan sangat tidak sihat.

“KPM amat memahami akan kesukaran yang dihadapi oleh pihak sekolah murid dan ibu bapa akibat masalah jerebu yang dihadapi,” katanya.

Bagi kawasan yang terjejas akibat jerebu iaitu tahap bacaan IPU melebihi 200, kementerian itu berkata, ujian mendengar boleh ditangguhkan sehingga 31 Oktober 2019.

“JPN, PPD termasuk pihak pengurusan sekolah di seluruh negara telah dimaklumkan akan langkah-langkah yang perlu diambil ketika menjalankan ujian-ujian ini dan diingatkan untuk secara berterusan memantau maklumat bacaan IPU dikeluarkan dari semasa ke semasa oleh pihak berwajib,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close