Berita UtamaUtama

Suspek letup mesin ATM diburu

Siasatan awal dapati hanya seorang suspek terbabit dalam kejadian

JOHOR BAHRU, 22 Muharram 1441H, Ahad – Polis kini memburu seorang suspek yang dipercayai cuba meletupkan sebuah mesin pengeluaran wang (ATM) menggunakan bahan letupan di sebuah bank di Jalan Dedap 21, Johor Jaya, dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt Ismail Dollah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian berkenaan kira-kira 7.17 pagi.

“Ketika tiba di tempat kejadian, pihak polis mendapati sebuah daripada dua ATM di bank berkenaan mengalami kerosakan di tempat pengeluaran wang dan cermin penghadang berhampiran juga pecah.

“Bagaimanapun pihak polis mendapati penjenayah gagal untuk mengambil wang daripada ATM itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Ismail, hasil siasatan awal daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang suspek, yang tidak dikenal pasti jantina, dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

Ismail berkata, suspek itu dipercayai mengunakan bahan letupan yang masih belum dikenal pasti dalam cubaan memecah ATM berkenaan.

Tambahnya, siasatan lanjut akan dilakukan mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close