Berita UtamaUtama

Rakyat akan ‘hukum’ PH jika berterusan jual aset negara

MP Pasir Gudang minta isu penyelesaian hutang dibawa ke Parlimen

BANGI, 22 Muharram 1441H, Ahad – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim menggesa kerajaan menghentikan langkah menjual harta Khazanah Nasional Bhd untuk membayar hutang negara.

Beliau meminta supaya Kerajaan Persekutuan mencari jalan lain untuk membayar hutang negara ketika ini dan bukan mengambil jalan mudah menjual aset negara.

“Pakatan Harapan (BN) mengkritik bekas Perdana Menteri Najib dan Barisan Nasional (BN) kerana menyebabkan negara memikul beban hutang yang besar akibat rasuah dan salahurus negara. Najib dan BN telah dihukum oleh rakyat kerana itu di dalam Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.

“Jika Kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir sekarang menjual harta-harta Khazanah Nasional untuk membayar hutang sehingga negara kehilangan harta, percayalah rakyat yang melihat dan membuka mata akan menghukum PH dalam Pilihan Raya Umum akan datang,” tegasnya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Beliau turut mempersoalkan sama ada anggota Kabinet yang diketuai Perdana Menteri sudah kehabisan idea sehingga terpaksa mengambil jalan menjual harta negara.

“Saya mohon Perdana Menteri dan Kabinet sekarang membawa perkara mustahak ini kepada Parlimen yang akan bersidang pada 7 Oktober 2019. 

“Beri peluang kepada ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak, kerajaan dan pembangkang memberikan idea dan buah fikiran untuk membantu Pihak Eksekutif menangani isu pembayaran hutang negara yang melebihi satu trilion ringgit angkara salah urus kewangan dan ekonomi serta rasuah dan salahguna kuasa kerajaan BN yang lalu.

“Untuk sementara waktu, hentikan dulu sebarang langkah untuk menjual lagi harta-harta Khazanah Nasional atau lain-lain syarikat milik kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Khazanah menjual aset bagi mengurangkan beban hutang negara yang ditinggalkan kerajaan sebelum ini.

Sejak PH mengambil alih kerajaan, Khazanah mencatatkan kerugian sebelum cukai sebanyak RM6.3 bilion pada 2018 yang kebanyakannya disebabkan kos membabitkan Malaysia Airlines Bhd (MAS).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close