Berita UtamaUtama

95 peratus kebakaran tanah gambut di Sri Aman dipadamkan

Empat kawasan di Sarawak catat bacaan IPU pada tahap tidak sihat

KUCHING, 22 Muharram 1441H, Ahad – Kira-kira 95 peratus daripada 246 hektar tanah gambut yang terbakar di Sri Aman telah dapat dipadamkan setakat ini, hari ini.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, kebakaran hampir dikawal sepenuhnya dan hanya sebahagian kecil sahaja yang masih terbakar.

“Esok pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengadakan sidang media bagi memaklumkan status dan perkembangan semasa mengenai operasi,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, hasil pemantau dan penilai setakat jam tiga petang ini kebakaran gambut masih berlaku terutama di sektor A dan sektor B yang meliputi kawasan seluas lapan hektar.

“Manakala di sektor C, kebakaran dapat dipadamkan keseluruhannya dengan penggunaan helicopter MI-171 dalam operasi water bombing yang menggunakan sejumlah 25,200 liter air dengan 14 sorti.

“Manakala water bombing yang menggunakan pesawat Bombardier CL-415 dapat melakukan sejumlah 10 sorti dengan sejumlah 60,000 liter air,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Tiong berkata, operasi pemadaman di darat turut menggunakan bantuan lapan buah excavator dengan melakukan ‘compacting fire break’ di lokasi kebakaran di kawasan Kejetau-Lingga.

Setakat 4.00 petang, Indeks Pencemaran Udara (IPU) di empat bahagian mencatatkan bacaan tidak sihat iaitu Sri Aman (199), Kuching (116), Samarahan (125) dan Miri (103).

Manakala lapan lagi kawasan mencatatkan bacaan IPU tahap sederhana iaitu Sarikei (99), ILP Miri (98), Sibu (88), Mukah (78), Samalaju (92), Bintulu (76), Kapit (58) dan Limbang (73).

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close