Berita UtamaDuniaUtama

69,000 aplikasi digantung langgar dasar Facebook

400 syarikat pembangun aplikasi salah guna maklumat pengguna

WASHINGTON, 22 Muharram 1441H, Ahad – Selama lebih daripada setahun, Facebook Inc telah menggantung puluhan ribu aplikasi daripada kira-kira 400 syarikat pembangun aplikasi yang menggunakan maklumat peribadi pengguna secara salah, kata syarikat itu dalam catatan blog Jumaat lalu.

“Aplikasi berkenaan diharamkan kerana tidak sesuai berkongsi data yang diperoleh daripada kami, menjadikan data terdedah tanpa melindungi identiti individu serta melanggar dasar kami dengan jelas,” kata Facebook.

Pengumuman syarikat itu dikeluarkan pada hari yang sama mahkamah mendedahkan Facebook telah menggantung 69,000 aplikasi.  

Kes itu berpunca daripada siasatan yang bermula pada Mac 2018 berikutan pendedahan bahawa perunding British, Cambridge Analytica mengakses data 87 juta pengguna Facebook FB-0.11% tanpa kebenaran mereka untuk membantu Donald J Trump dalam kempen presiden 2016.

Berdasarkan dokumen mahkamah di Boston, daripada 69,000, sebanyak 59,000 aplikasi disekat semata-mata kerana syarikat pengendali aplikasi berkenaan enggan mematuhi siasatan Facebook manakala 10,000 lagi digantung atas sebab dakwaan penyalahgunaan data.

Facebook mengatakan ia sedang melihat berjuta-juta aplikasi setakat ini dalam penyiasatan yang berterusan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close