Berita UtamaUtama

6 penerbangan di LTSAS batal

Lima stesen di Perak catat bacaan IPU tak sihat setakat 8 pagi

IPOH, 22 Muharram 1441H, Ahad – Enam daripada 14 penerbangan yang dijadualkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini terpaksa dibatalkan pada pagi ini disebabkan jerebu.

Pengurus LTSAS, Mohd Ali Osman berkata, penerbangan yang dibatalkan melibatkan laluan Johor Bahru-Ipoh-Singapura dan Singapura-Ipoh-Johor Bahru dari syarikat penerbangan Air Asia serta laluan Singapura-Ipoh-Singapura dari syarikat penerbangan tambang murah Singapura, FlyScoot.

“Jarak penglihatan adalah 2,000 meter setakat pukul 7 pagi ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, 747 penumpang terjejas akibat pembatalan penerbangan pada hari ini.

Pemeriksaan dalam portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) menunjukkan bacaan Indeks Pencemaran Udara di semua lima stesen di Perak adalah pada tahap tidak sihat setakat pukul 8 pagi.

Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close