Berita UtamaUtama

296 sekolah di KL beroperasi esok

Pihak sekolah diingatkan ikut SOP, utama kesihatan murid dan guru

BANGI, 22 Muharram 1441H, Ahad – Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini memaklumkan, semua sekolah yang ditutup pada Khamis dan Jumaat minggu lepas akan beroperasi seperti biasa mulai esok.

Dalam satu kenyataan, pengarah jabatan itu berkata, pengoperasian semula ini membabitkan 296 sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

“Sebarang perubahan dan makluman tertentu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa. Pihak sekolah turut diingatkan supaya mengikut prosedur operasi standard yang ditetapkan di samping mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa,” katanya.

Selain itu, beliau turut memaklumkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Batu Muda dan stesen Cheras pada 5 petang tadi menunjukkan bacaan di bawah 200 dengan trend bacaan semakin menurun.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close