Berita UtamaUtama

25 sekolah Putrajaya dibuka esok

Pihak sekolah mesti ikut SOP, utamaka kesihatan murid dan guru

PUTRAJAYA, 22 Muharram 1441H, Ahad – Semua 25 buah sekolah yang telah ditutup pada 19 dan 20 September (Khamis dan Jumaat lepas) ekoran jerebu akan kembali beroperasi seperti biasa pada Isnin, 23 September.

Pengarah Pendidikan, Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Farizah Ahmad dalam kenyataannya hari ini berkata, bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di stesen Putrajaya pada 5 petang Ahad adalah di bawah 200.

“Sebarang perubahan atau maklumat terkini dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Tambah Farizah, pihak sekolah diiingatkan untuk mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan dan mengutamakan kesihatan murid dan guru sepanjang masa.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategori sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Untuk berita terkini berkaitan jerebu boleh layari www.bernama.com.- Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close