Berita UtamaUtama

Teruskan sesi PdP secara online

KPM minta guru, murid manfaat portal pembelajaran digital EduwebTV

BANGI, 21 Muharram 1442H, Sabtu – Sekolah disarankan untuk mengambil tindakan proaktif bagi meneruskan pelaksanaan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian dengan memanfaatkan portal pembelajaran digital, walaupun diarahkan tutup sementara ekoran jerebu.

Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, bagi meneruskan pelaksanaan dan pembelajaran sekolah, pihaknya telah menyediakan pelantar pembelajaran digital (portal.moe.edu.my atau portal.moe-dl.edu.my) dan portal EduwebTV (eduwebtv.moe.edu.my) untuk digunakan secara percuma.

“Semua guru dan murid boleh mengakses menggunakan ID log masuk (ID login) yang telah dibekalkan kepada mereka. 

“Melalui portal ini, mereka boleh mengakses bahan pembelajaran seperti buku teks digital dan sumber pendidikan lain bagi membuat latihan dan tugasan secara individu mahupun berkumpulan serta melaksanakan pentaksiran,” katanya.

KPM berkata, portal EduwebTV mengandungi sumber pendidikan digital dalam bentuk video kurikulum meliputi pra sekolah hingga sekolah menengah.

“Guru serta murid boleh mengakses portal itu untuk mencari maklumat topik berkaitan sebagai pusat rujukan setempat,” katanya.

Masalah jerebu di Semenanjung hari ini dilaporkan tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara berbanding semalam, dengan beberapa lokasi masih mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tahap tidak sihat.

Susulan itu, kebanyakan sekolah-sekolah terjejas diarah tutup sepanjang tempoh berkenaan.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close