Berita UtamaUtama

Presiden Isma rakam takziah buat keluarga Md Farid

Ahli Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia akibat serangan jantung

BANGI, 21 Muharram 1441H, Sabtu – Presiden gerakan Islam utama, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Wira Dr Md Farid Md Rafik yang meninggal dunia, awal pagi tadi.

Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) berkata, Allahyarham Md Farid adalah pihak yang menerima memorandum bantahan penghapusan hukuman mati ketika beliau bersama NGO lain mengadakan bantahan di hadapan Parlimen, tahun lalu.

“Moga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.

“Sesungguhnya umur kita terlalu singkat dan tidak dapat lari dari ketentuan Illahi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Md Farid, 42, disahkan meninggal dunia di Hospital Pontian sekitar jam 6 pagi tadi dipercayai akibat serangan jantung.

Pemergian Ahli Parlimen Tanjung Piai itu disahkan oleh Setiausa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor, Mohd Solihan Badri.

Difahamkan, jenazah Md Farid dijangka dibawa pulang ke rumah ibunya di Serkat, Pontian untuk dikebumikan sebelum Zohor.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close