Berita UtamaUtama

‘PH pakatan tiada harapan’

Usah beri 1 undi pun kepada PH, pilih calon berwibawa: Berjasa

BANGI, 21 Muharram 1441H, Sabtu – Agenda Melayu dan Islam terpinggir, bahkan identiti negara juga seolah-olah hendak diubah selepas Pakatan Harapan (PH) menguasai tampuk pemerintahan negara, kata Presiden Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz.

Beliau berkata, tindakan mengubah identiti negara itu tidak kira secara terang-terangan atau tersembunyi jelas dilihat ketika kerajaan mengumumkan mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) dan Statut Rom.

Bahkan, Dr Badhrulhisham berkata, PH juga sudah mula ‘mencabul’ dasar pendidikan negara dengan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC), selain merancang ke arah yang kononnya konsep ‘Malaysian Malaysia’.

“Kita lihat satu lagi contoh, seperti pelaksanaan tulisan jawi di sekolah vernakular yang sepatutnya diperkasakan turut digugat. Daripada 180 muka surat menjadi enam muka surat dan kemudian hanya tingga tiga muka surat.

“Tetapi, hari ini pelaksanaan itu dijadikan sebagai pilihan ‘optional’ pula kepada pihak PIBG untuk menentukan. Inilah satu pakatan yang tiada harapan dan tidak bertanggungjawab,” katanya berucap pada Ceramah Umum Penyatuan Ummah di Tampin, semalam.

Ceramah yang dihadiri ribuan orang itu turut menampilkan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hassan dan Bendahari PAS Pusat, Datuk Iskandar Abdul Samad.

Mengulas lanjut, Dr Badhrulhisham berkata, PH bukan pemimpin yang cekap menjadi kerajaan kerana sering mengkritik dan mengutuk kakitangan awam, termasuk institusi diraja.

“Mereka selalu kutuk kakitangan awam, kutuk dan hina raja-raja. Mereka bermusuh dengan kakitangan awam dan mengatakan jumlah penjawat awam akan dikurangan kerana terlalu ramai.

“Sebelum mereka membuat onar di muka bumi ini, marilah sama-sama kita berazam untuk turunkan kerajaan tidak bertanggungjawab kepada negara. Jangan beri satu undi pun kepada PH. Pilihlah calon berwibawa, mesra rakyat, mereka yang tahu perjuangannya serta beramanah,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close