Berita UtamaIstimewaUtama

Produk muslim kualiti tinggi

Doktrin negatif media sosial punca rakyat sangka buruk produk Melayu

BANGI, 20 Muharram 1441H, Jumaat – Kualiti produk yang dihasilkan oleh bangsa Melayu setanding dengan produk daripada kaum lain, kata Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Haji Aminuddin Yahaya.

Beliau kesal apabila wujud doktrin negatif di media sosial, yang menjadi punca rakyat di negara ini turut terpengaruh dengan sebaran buruk terhadap produk buatan Melayu.

“Berkaitan dengan kualiti, ini hanya segelintir sahaja. Saya tak nafikan memang peniaga Cina pun ada kualiti tak bagus, peniaga India pun sama, hatta peniaga Barat pun ada kualiti tak bagus dan ia bukan membabitkan orang Melayu sahaja.

“Tapi disebabkan segelintir ini berserta doktrin yang ada di kepala kita mengatakan orang Melayu ni lemah, tak pandai dan sebagainya, menyebabkan kita kata, seolah-olah semua produk Melayu ini tiada kualiti,” katanya.

Haji Aminuddin yang juga Pengerusi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyarankan bahawa persepsi buruk itu perlu dibuang jauh supaya produk Melayu duduk sama rendah, berdiri sama tinggi bersama produk kaum lain.

Justeru, beliau mencabar orang Islam supaya melihat sendiri cara memproses produk Melayu seperti sos cili dan sardin.

“Anda boleh beritahu saya jika mereka tiada kualiti.

“Kalau ada sikit-sikit itu biasa sahaja, lagipun kita pun sudah terbiasa dengan sos cili yang dibuat oleh orang Cina kadang-kadang busuk, berulat dan sebagainya. Ianya juga sudah banyak kali keluar dalam akhbar,” katanya.

Beliau juga menegaskan bahawa walaupun produk-produk yang dihasilkan oleh bukan Islam mempunyai logo halal, namun terdapat juga elemen dan perkara tidak halal dicampurkan dalam produk mereka.

“Dan ini sesuatu yang boleh dielakkan jika kita beli produk Muslim,” katanya.

Kempen Beli Produk Muslim dilancarkan UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia juga dilancarkan bagi meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close