Berita UtamaIstimewaUtama

Kempen BMF: Peniaga jangan ambil kesempatan

Perjalanan perkasa ekonomi umat Islam masih panjang: Aminuddin

BANGI, 20 Muharram 1441H, Jumaat – Peniaga diingatkan untuk tidak mengambil kesempatan terhadap pembeli yang menyokong Kempen Beli Produk Muslim atau Buy Muslim’s First (BMF) dengan menaikkan harga barang.

Demikian saranan Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Aminuddin Yahaya setelah menerima aduan ada segelintir peniaga menaikkan harga barang di atas semangat pengguna dan pembeli muslim yang mendukung seruan Kempen BMF.

Beliau yang juga Presiden Gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyifatkan sikap sedemikian hanya akan merugikan sekali gus merosakkan perjalanan kempen berkenaan.

“Bagi melancarkan perjalanan Kempen BMF ini, saya sangat mengharapkan agar peniaga-peniaga tidak cepat mahu mengaut keuntungan di atas gelombang kempen ini sewenang-wenangnya.

“Bersabarlah, lihatlah keuntungan dan kebaikan pada pandangan jangka masa yang panjang, bukannya pendek. Perjalanan kita dalam memperkasakan ekonomi umat Islam ini masih jauh dan perlu dukungan semua pihak terutamanya pembeli dan pengguna,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Beliau turut mengingatkan peniaga untuk tidak mengambil kesempatan sehingga pengguna berasa kecewa dan merasakan telah dipergunakan oleh peniaga untuk mengaut keuntungan berlebihan.

“Saya amat berharap semua pihak dapat sama-sama menghayati perjuangan yang panjang dan berliku ini. Kita susah senang bersama dalam satu ummah! Semoga kita semua istiqamah dalam perjuangan ini,” kata beliau.

Kempen Beli Produk Muslim adalah suatu altenatif bagi mengangkat dan mempromosikan barangan dan produk keluaran muslim.

Ia dilancarkan UMMAH dengan kerjasama Koperasi Al-Hilal Berhad (Kohilal) dan ABATA Commerce Sdn Bhd, bertujuan membantu meningkatkan pendapatan peniaga Islam dan memberi alternatif lain kepada masyarakat Islam.

Selain itu, ia juga meningkatkan kuasa beli dan aliran ekonomi ummah selain mengetengahkan produk serta perkhidmatan yang halal di seluruh negara.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close