Berita UtamaUtama

493 pelarian ditahan di Tripoli

173 pelarian ditempatkan di Komas, 166 di Tripoli, dan 104 di Zuwarah

TRIPOLI, 20 Muharram 1441H, Jumaat – Pengawal Pantai Libya melaporkan seramai 493 pelarian daripada enam buah bot telah ditahan, dalam enam operasi selama seminggu di timur laut dan barat laut Tripoli, lapor Reuters.

Jurucakap pengawal pantai, Ayoub Qassem berkata, para pelarian, termasuk 28 wanita dan lima kanak-kanak yang berasal dari negara-negara sub-Sahara, Arab Saudi dan Asia telah dipindahkan ke pusat tahanan berbeza yang juga dikendalikan oleh Kerajaan Kebangsaan Accord (GNA).

Katanya, seramai 173 pelarian ditempatkan di negeri Komas, 166 lagi ditempatkan di Tripoli, manakala 50 dan 104 yang lain masing-masing ditempatkan di Zawiya dan Zuwarah, iaitu bandar di barat Tripoli.

Pantai barat Libya kerap menjadi titik permulaan buat pendatang yang melarikan diri daripada perang dan kemiskinan, serta berharap untuk memulakan kehidupan baru di Eropah.

Semalam, seorang pelarian Sudan meninggal dunia di pengkalan tentera Abu Sittah, di sini, akibat terkena peluru hidup, selepas beberapa jam ditinggalkan di pantai oleh pengawal pantai Libya, namun tiada sebarang kenyataan dibuat.

Negara kaya minyak itu berada dalam kekacauan sejak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) menggulingkan Presiden Muammar Gaddafi pada 2011, sehingga terbentuknya dua kumpulan pentadbiran – kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Fayez al-Sarraj yang diiktiraf antarabangsa berpusat di Tripoli; dan pemerintahan di Tobruk di timur Libya yang bersekutu dengan Jeneral Khalifa.

Ketegangan memuncak tatkala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersiap sedia mengadakan sidangnya hujung bulan April lalu, di Ghadames di barat daya Libya, bagi membincangkan penyelesaian politik pilihan raya yang tertangguh, dan campur tangan tentera. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close