Berita UtamaDuniaUtama

30 maut, 40 cedera serangan dron di Afghanistan

Serangan udara sasar kumpulan militan, terkena pekerja ladang

JALALABAD, 20 Muharram 1441H, Jumaat – Sekurang-kurangnya 30 orang awam terbunuh manakala 40 lagi cedera dalam satu serangan dron di wilayah Nangarhar, timur Afghanistan.

Tiga pegawai kerajaan tempatan mengesahkan, serangan dron AS pada malam Rabu sepatutnya menyasarkan kawasan persembunyian militan Daesh, tetapi malangnya secara tidak sengaja terkena sebuah ladang kacang pine di pegunungan Wazir Tangi, daerah Khogyani.

Salah seorang mangsa terselamat berkata, kira-kira 200 pekerja sedang tidur di dalam lima khemah berdekatan ladang ketika serangan itu berlaku.

“Sebahagian daripada kami berjaya menyelamatkan diri, ada yang cedera tetapi ramai yang terbunuh,” kata Juma Gul.

Sementara pemilik ladang itu memaklumkan, kebanyakkan pekerja ladang masih hilang selepas kejadian itu.

Serangan itu disahkan oleh Kementerian Pertahanan Afghanistan serta seorang pegawai kanan AS di Kabul. Bagaimanapun kedua-dua pihak tidak berkongsi maklumat mengenai mangsa awam. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close