Berita UtamaUtama

Ringgit dibuka rendah

Langkah Fed turunkan sesuku kadar faedah sudah dijangka

KUALA LUMPUR, 19 Muharram 1441H, Khamis – Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan kekurangan permintaan meskipun keputusan yang diambil Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) semalam untuk mengurangkan kadar faedah.

Pada 9 pagi, ringgit susut kepada 4.1905/1945 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1820/1860 pada Rabu.

Seorang peniaga berkata, langkah Fed untuk menurunkan kadarnya sebanyak sesuku telahpun dijangkakan ramai. Ia adalah penurunan keduanya tahun ini.

“Keseluruhannya, pasaran global terus kekurangan pemangkin dengan peserta pasaran memantau dengan rapat rundingan perdagangan Amerika Syarikat-China yang akan bermula hari ini,” katanya.

Sementara itu, berbanding kumpulan mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah kecuali euro yang meningkat kepada 4.6192/6253 daripada 4.6199/6259.

Unit tempatan turun berbanding yen kepada 3.8690/8738 daripada 3.8640/8688, susut berbanding pound Britain kepada 5.2235/2301 daripada 5.2116/2174 tetapi kekal tidak berubah berbanding dolar Singapura daripada paras 3.0423/0463 semalam. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close