Berita UtamaUtama

Wajarkah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia?

Penyatuan Melayu mampu stabil politik, lonjak negara lebih gemilang

BANGI, 18 Muharram 1441H, Rabu – PAS mengingatkan Pakatan Harapan (PH) termasuk parti tamak dan haloba, DAP supaya tidak mempamerkan dakyah ‘bogeyman’ dengan melabelkan Muafakat Nasional sebagai klepto-teokrasi, talibanisme, rasisme dan ekstremisme. 

Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, DAP sepatutnya sedar apa yang parti itu lakukan ketika ini sebelum bertindak menempelak UMNO-PAS. 

“Bagaimana pula dengan DAP? Adakah agenda kristianisasi dalam politik Malaysia satu tindakan yang wajar? 

“DAP begitu rancak mempromosi ‘The Kingdom of God’ dan ‘The Jesus Manifesto’ seperti yang diungkapkan oleh YB Steven Sim Chee Keong (Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Ahli Parlimen Bukit Mertajam – DAP) dalam forum Naratif Malaysia Baharu yang diadakan di Kota Damansara, 14 September lalu. 

“Justeru, PAS menggesa pihak polis menyiasat penganjuran dan kandungan forum tersebut bagi mengelakkan kecelaruan dalam kalangan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan. 

Sementara itu, mengulas mengenai penyatuan Melayu, Tuan Ibrahim yakin ia mampu menstabilkan politik dan melonjakkan negara ke arah yang lebih gemilang

Beliau berkata, komposisi orang Melayu Islam yang dianggarkan sekitar 69 peratus daripada 33 juta penduduk di Malaysia ini, perlu disatukan terlebih dahulu dengan acuan Islam sebelum mengorak langkah membina peradaban baharu di negara ini. 

“Dari segi politik pilihan raya, jumlah pengundi Melayu yang mengundi PAS dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) 1adalah sekitar 70 peratus. 

“Sekiranya jumlah ini digembleng secara positif, maka satu perubahan yang lebih baik akan dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

Bukan itu sahaja, dengan kekuatan politik Melayu, ia juga akan menjadi benteng yang ampuh untuk mempertahankan tiang seri negara seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan seperti Islam Agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan Hak Keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.

Meskipun penyatuan Melayu ini digerakkan dengan acuan Islam, namun Tuan Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian yakin ia tidak sesekali mengabaikan kaum lain untuk menganut agama pilihan mereka, menuturkan bahasa ibunda dan menafikan hak ekonomi. 

“Perkara ini jelas dijamin dalam peruntukan Perlembagaan dan tidak berubah. Penyatuan Melayu sebagai kaum majoriti mesti diposisikan dengan baik. Hal ini bukan hanya untuk kepentingan politik pilihan raya, tetapi untuk kesejahteraan kedaulatan negara

“Apa yang diperjuangkan oleh PAS dan UMNO adalah penyatuan ummah yang lebih inklusif dengan mengutamakan perpaduan orang Melayu dan Islam tanpa prejudis terhadap kaum lain. 

“Ia selaras dengan tuntutan Islam, Perlembagaan dan konteks sejarah dan kepentingan semasa,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close