Berita UtamaDuniaUtama

24 maut penyerang letup diri ketika kempen pilihan raya

Taliban bertangunggjawab lakukan serangan di Afghanistan

CHARIKAR (Afghanistan), 18 Muharram 1441H, Selasa – Seorang pengebom bunuh diri Taliban membunuh sekurang-kurangnya 24 orang ketika perhimpunan kempen pilihan raya untuk Presiden Afghanistan, Ashraf Ghani, semalam.

Insiden itu dilaporkan berlaku di wilayah Parwan – kira-kira satu jam perjalanan ke utara Kabul.

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Nasrat Rahimi berkata, pengebom bunuh diri itu menunggang motosikal dan meletupkan bom di tempat pemeriksaan keselamatan acara.

Wanita dan kanak-kanak antara yang terbunuh, kata pengarah hospital Parwan, Abdul Qasim Sangin kepada AFP, sambil memaklumkan bahawa 32 orang cedera dan 24 orang mati.

Kira-kira sejam selepas letupan bom itu, serangan lain berlaku di kawasan berhampiran kedutaan Amerika Syarikat (AS), namun tiada laporan samada terdapat korban nyawa dalam serangan itu.

Taliban yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dalam satu kenyataan, berkata, rakyat Afghanistan telah diberi amaran untuk menjauhkan diri daripada perhimpunan kempen dan acara pilihan raya lain.

Mereka juga memberi amaran lebih banyak keganasan akan dilakukan menjelang pilihan raya.

Pilihan raya Presiden di Afghanistan dijadualkan pada penghujung bulan ini selepas kegagalan rundingan damai dengan militan Taliban.  

Perundingan Amerika dan Taliban muncul hampir dengan perjanjian awal bulan ini selepas banyak rundingan rahsia, tetapi perundingan itu tiba-tiba dibatalkan oleh Presiden AS, Donald Trump. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close