Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Kewajiban teruskan kempen BMF

Rasulullah ﷺ ingatkan umat Islam untuk saling bantu satu sama lain

1. MENURUT Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pihaknya mengenal pasti beberapa premis pasar raya Muslim sekitar Lembah Klang berjaya meningkatkan hasil jualan harian tiga kali ganda, daripada RM50,000 kepada RM150,000 sehari.

2. Ini menunjukkan kempen ini berjaya membantu dalam membangun dan memperkasa ekonomi umat Islam. Sekiranya usaha ini benar-benar berhasil, maka umat Islam wajib menyokong kempen ini.

3. Ia bukan sahaja satu mekanisme yang baik dalam memupuk perpaduan ummah, bahkan selari dengan saranan syarak yang memerintahkan kaum Muslim agar saling bantu membantu dalam perkara kebaikan. Firman Allah SWT:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertakwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan,” (Al-Maidah: 2)

4. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam a-Qurtubi menyatakan bahawa ayat ini adalah satu perintah untuk membantu dalam perkara kebaikan. Kata beliau:

وهو أمرٌ لجميع الخَلْق بالتعاون على البر والتقوى، أي ليُعِن بعضكم بعضاً

“Ini adalah arahan untuk setiap manusia agar saling bantu-membantu dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan iaitu setiap orang membantu sebahagian yang lain,”

5. Dalam sebuah hadis, Rasulullah ﷺ mengingatkan kita bahawa Muslim mesti saling bantu membantu. Sabda Baginda Nabi ﷺ:

المؤمن لِلْمؤْمن كالبُنْيان يَشُدُّ بَعْضُه بَعْضا

“Seorang mukmin dengan saudara mukminnya yang lain adalah seperti bangunan, mereka saling memperkukuh antara satu dengan yang lain.” (HR al-Bukhari)

6. Kempen menyokong produk Muslim ini (BMF) bukan sahaja membantu atas perkara kebaikan dan ketaqwaan ,malah selari dengan apa yang disabdakan Nabi ﷺ iaitu muslim yang memperkukuhkan antara satu dengan yang lain.

Teruskan kempen BMF. Semoga Allah SWT membimbing kita.

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close