Berita Utama

Wanita ISMA, Yayasan Ikhlas sumbang keperluan wanita bagi mangsa banjir

Sumbangan diberi di 4 daerah di Pahang serta Kuala Krai, Kelantan

BANGI, 26 Jamadilawal 1442H, Ahad – Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dan pertubuhan peduli dan prihatin, Yayasan Ikhlas akan bekerjasama dalam memberi sumbangan kepada mangsa-mangsa banir di beberapa negeri.

Berbeza dengan bantuan sebelum ini, kali ini kedua-kedua badan bukan kerajaan (NGO) itu memberi sumbangan berbentuk keperluan bagi wanita termasuk tuala wanita, pakaian dalam pakai buang, stokin, serta lampin pakai buang untuk kanak-kanak.

Ketua Wanita ISMA, Ustazah Dr Suriani Sudi berkata, ISMA dan Yayasan Ikhlas akan menuju ke penempatan mangsa banjir pertama di daerah Benta,  Kuala Lipis di Pahang hari ini.

Beliau berkata, lokasi banjir seterusnya adalah Kuala Lipis dan Raub, Pahang pada Isnin, manakala Kampung Paloh Hinai, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan pada hari berikutnya.

Orang ramai turut digalakkan menyumbang bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir ketika ini.

Sumbangan berupa barang keperluan boleh ditempatkan di ruang belakang Surau Al-Amin, Alamsari, Kajang, Selangor yang dibuka sehingga 23 Januari 2021.

Sementara itu, sumbangan wang boleh dimasukkan ke akaun Kelab Srikandi Iffah. Maybank Islamic 5628 3464 3844. Rujukan: Bantuan Banjir.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button