Berita UtamaUtama

Sekolah di Putrajaya tutup esok

Bacaan IPU di Putrajaya di tahap sangat tidak sihat melebihi 200

PUTRAJAYA, 16 Muharram 1441H, Isnin – Semua sekolah di Putrajaya akan ditutup esok susulan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang memasuki tahap sangat tidak sihat hari ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Putrajaya, Farizah Ahmad berkata, berdasarkan bacaan IPU yang telah melebihi 200 mulai jam 5 petang hari ini, adalah dimaklumkan bahawa semua sekolah Putrajaya akan ditutup pada hari esok.

Putrajaya hari ini mencatatkan IPU 201 pada jam 5 petang, 204 pada jam 6 petang dan 205 (tertinggi setakat hari ini) pada jam 7 petang.

Ini adalah kali pertama sekolah-sekolah di Putrajaya ditutup berikutan jerebu yang melanda negara sejak 5 September lepas.

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close