Berita UtamaUtama

Mesti bersatu pertahan Sabah, Sarawak: Hadi Awang

DAP boleh kuasai kekayaan negeri jika penduduk asal berpecah

BANGI, 16 Muharram 1441H, Isnin – DAP boleh menguasai Sabah dan Sarawak serta kekayaan hasil negerinya jika penduduk Bumiputera dan Melayu di dua negeri berkenaan berpecah, kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi dalam perutusannya sempena Hari Malaysia turut bimbang terhadap Sabah dan Sarawak dikuasai oleh parti tamak haloba berkenaan yang tinggal di bandar sahaja.

Oleh sebab itu, katanya, orang Bumiputera dan Melayu serta etnik asal di Sabah dan Sarawak berkenaan mesti bersatu bagi mengelakkan penguasaan DAP ke atas dua negeri berkenaan.

“Bukan bermakna kita hendak menghalau orang Cina, tetapi biar mereka faham supaya memerintah dengan adil dan tidak membolot kekayaan sehingga melupakan orang-orang asal.

“Islam mengajar sekiranya ada negeri itu punya hasil bumi sendiri, maka hasil itu hendaklah dimanfaatkan dan diselesaikan masalah negeri itu dahulu, namun kita menghadapi di negeri Sarawak, Sabah, Terengganu dan Kelantan yang ada hasil minyak dan gas yang banyak tetapi rakyat miskin. Kita mahu betulkan balik perkara ini,” katanya.

Ahli Parlimen Marang itu menggesa penduduk asal Sabah dan Sarawak supaya mempertahankan kedudkan kuasa politik orang Islam dan penduduk asal supaya terus mengusai negeri bagi menjamin keadilan serta kesejahteraannya, termasuk kepada negara.

“Marilah kita memelihara perpaduan yang sedia terjalin dan menolak sebarang pendekatan ekstrem yang boleh memecahkan kesatuan Malaysia Timur dan Malaysia Barat.

“Kita beriltizam untuk meningkatkan taraf hidup peribumi Sabah dan Sarawak serta menyeru semua pihak untuk memperkukuhkan komitmen terhadap Perjanjian Malaysia 1963 dengan memperbaiki segala kelemahan sepanjang pelaksanaannya, ke arah menguatkan Persekutuan dan merapatkan jurang perbezaan yang wujud selama ini dengan berpegang kepada semangat Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close