Berita UtamaUtama

Jerebu: Semua sekolah di 3 daerah dibuka semula esok

Aktiviti luar kelas perlu ditangguh kerana IPU masih lebih 100

BANGI, 16 Muharram 1441H, Isnin – Semua sekolah di daerah Muar, Tangkak dan Pontian yang ditutup semalam berikutan status udara yang sangat tidak sihat akan dibuka semula seperti biasa esok.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengarah Pendidikan Johor, Azman Adnan berkata, berdasarkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) terkini di lapan stesen di Johor menunjukkan trend menurun yang banyak iaitu di bawah 200.

“Bagaimanapun, bagi daerah yang status IPU masih pada paras lebih 100, aktiviti luar bilik darjah perlu ditangguhkan,” katanya.

Sabtu lalu, sesi persekolahan bagi kira-kira 3000 sekolah di Muar, Tangkak dan Pontian diarahkan ditutup pada Ahad lalu berikutan IPU di kawasan berkenaan mencecah bacaan melebihi 208 iaitu sangat tidak sihat.

Difahamkan, penutupan sesi persekolahan itu adalah berdasarkan pekeliling Kementerian Pendidikan dan garis panduan menangani jerebu kebangsaan serta atas nasihat dan perbincangan dengan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor serta Pejabat Daerah Muar dan Tangkak dan Pontian.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close