Berita UtamaIstimewaUtama

Jangan terlebih biadab Kit Siang!

Tak salah orang Melayu terlebih Melayu di tanah sendiri: Ridhuan Tee

BANGI, 16 Muharram 1441H, Isnin – Tidak salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana negara asal usul mereka adalah di Tanah Melayu, berbanding kamu sebagai pendatang, kata pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah.

Kenyataan ‘pedas’ Ridhuan Tee itu sebagai menempelak pemimpin veteran parti tamak haloba, DAP, Lim Kit Siang yang mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama politik yang dimeterai Sabtu lalu oleh dua parti berkenaan.

Menyifatkan kenyataan Kit Siang sangat kurang ajar, beliau berkata, tiada salah untuk orang Melayu menjadi terlebih Melayu dan Islam kerana ia sudah termaktub dalam Perlembagaan.

“Kamu sahaja ultra kiasu, jangan terlebih kurang ajar. Selama UMNO mengetuai kerajaan lebih 60 tahun dan PAS mengetuai kerajaan beberapa negeri, pernahkah hak kamu dijentik dengan label terlebih UMNO Melayu dan terlebih Islam yang kamu berikan?

“Dengan label terlebih Melayu dan terlebih Islam itulah kamu dapat lebih daripada apa yang diperolehi pribumi itu sendiri. Nampaknya kamu tidak pernah bersyukur dan sewajarnya kamu terlebih dahulu selaku ketua ultra kiasu ditendang keluar dari bumi bertuah ini,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan Kit Siang mengingatkan pakatan kerajaan supaya tidak cuba menjadi ‘lebih Melayu daripada UMNO dan lebih Islam daripada PAS’ bagi menghadapi kerjasama rasmi dua parti terbesar orang Melayu itu yang ditandatangani kelmarin.

Kit Siang dilaporkan berkata, PH akan ‘gagal dan gagal’ sekiranya ia cuba berbuat demikian kerana taktik itu akan meminggirkan 5.5 juta penyokong daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama yang mengundinya dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Sabtu lalu, Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai UMNO dan PAS antara lain bersetuju membentuk kerjasama dengan mengembangkan naratif Islam dan Melayu tanpa menafikan kepelbagaian agama, kaum dan budaya sebagai paksi kepada kestabilan politik, keharmonian kaum serta kesejahteraan negara.

Piagam itu ditandatangani oleh kedua-dua presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bagi UMNO dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) pada satu majlis bersempena Himpunan Penyatuan Ummah (HPU914) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close