Berita UtamaIstimewaUtama

‘Isu Zakir Naik diperbesarkan, kes jual MyKad diam seribu bahasa’

Jangan bilis saja kena tindakan, jerung yang menjadi dalang terselamat

BANGI, 15 Muharram 1441H, Ahad – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hairan apabila pemimpin kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih membisu dan diam seribu bahasa dalam isu sindiket penjualan kad pengenalan Malaysia (MyKad) tidak sah kepada warga asing.

Katanya, tidak seperti kes Dr Zakir Naik yang diperbesar-besarkan sehingga menimbulkan polemik, sekali gus menyerlahkan lagi kejahatan dan keutamaan yang dititik beratkan pemimpin-pemimpin berkenaan.

“Nak tahu ‘prioriti’ dan kejahatan sesetengah ahli politik ialah apabila isu Zakir Naik diperbesar dan mahu menarik balik IC PR yang beliau dapat dengan cara sah, tetapi isu MyKad palsu diam seribu bahasa.

“Dengarkah anda suara M.Kulasegaran, Waytha Moorthy, Ramasamy, Santiago, Lim Kit Siang dan sekutu mereka dalam isu IC palsu ini seperti isu Zakir yang dipolemikkan?,” soalnya.

Terdahulu, polis berjaya membongkar sindiket penjualan dokumen pengenalan diri MyKad kepada warga China yang didalangi pegawai JPN.

Kes itu terbongkar selepas pegawai Jabatan Imigresen membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang MyKad sah, namun pemohon didapati tidak boleh berkomunikasi dalam bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei lalu.

Penolong Pengarah JPN Pulau Pinang, Mohd Faizul Ariffin, 34, antara enam individu yang didakwa di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang berhubung sindiket penjualan sijil kelahiran dan MyKad sah kepada warga asing.

Mengulas lanjut, Firdaus Wong meluahkan rasa bangga dan syukur terhadap ahli politik dan agamawan yang tegas dengan prinsip kebenaran yang dibawa oleh mereka.

“Takziah juga kepada para pentaksub yang telah dibutakan dengan ketaksuban politik mereka sehingga dibutakan melihat apa yang begitu jelas demi kuasa dan jawatan.

“Semoga Allah SWT selamatkan Malaysia dari tangan-tangan jahat yang membelot ini. Jangan bilis sahaja yang kena tetapi jerung yang menjadi dalang terselamat,” katanya sinis.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close