AgamaBerita UtamaUtama

Apa asas bentuk persaudaraan?

Tasawwur, hadaf, af'al adalah asas bagi kontrak sosial Islam

RAMAI sedia mengetahui bahawa konsep hidup bermasyarakat paling unik dalam sejarah manusia adalah bersumberkan Islam disebut sebagai al-Ummah.

Namun tahukah apa yang dimaksud dengannya?

Al-Ummah bererti persaudaraan penganut-penganut yang pelbagai di bawah Syariah.

Jadi apakah asas yang membentuk persaudaraan itu?

Tiga perkara iaitu tasawwur (minda), hadaf (kehendak) dan af’al (pelaksanaan). Inilah asas kontrak sosial menurut Islam. Inilah juga elemen-elemen utama yang kita akan jumpa dalam piagam madinah.

Persoalannya hari ini kita banyak berkata tentang integrasi pelbagai kaum, menyeru taayush silmi (kehidupan bersama), gagasan rahmatan, maqasid aman dan lain-lain.

Namun dalam semua seruan tersebut apakah asas persetujuan sosial kontrak yang ingin kita bangunkan?

Kalau yang diinginkan adalah seperti konsep integrasi barat iaitu liberal sepenuhnya pada sudut moral, plural sepenuhnya pada sudut agama, sekular sepenuhnya pada sudut politik.

Letaklah nama secantik mana pun atas nama syarak, namun akhirnya ia akan membawa kepada runtuhnya syarak. Inilah yang seperti yang Allah SWT sebut dalam surah al-Baqarah:

“Mereka menyangka sedang membawa maslahat namun hakikatnya mereka sedang membawa kepada kehancuran sedang mereka tidak sedar.”

Ustaz Muhammad Firdaus Zalani

Penafian: Artikel ini adalah pendapat penulis dan tidak ada kaitan dengan Ismaweb.net atau Media Isma Sdn Bhd.

 

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close