Berita UtamaDuniaUtama

Tiada lagi caj umrah berulang

Arab Saudi laksana penstrukturan semula kadar caj haji, visa transit

JEDDAH, 12 Muharram 1441H, Khamis – Jemaah Menteri Arab Saudi baru-baru ini meluluskan penstrukturan semula sistem visa untuk jemaah haji dan umrah, termasuk bagi penumpang transit.  

Saudi Gazette melaporkan, penstrukturan semula itu membabitkan caj tambahan visa yang dikenakan pada kadar SR300 (RM350) bagi setiap orang.

Keputusan terbaharu itu sekali gus membatalkan peraturan terdahulu yang memerlukan jemaah umrah membayar SR2,000 (RM2,300) jika mengulangi ibadah berkenaan dalam tempoh tiga tahun.  

AlArabiya.net menerbitkan senarai jenis dan tempoh visa yang dimasukkan dalam keputusan Kabinet baru-baru ini.

Menurut sumber-sumber yang bekerja dalam perkhidmatan visa, terdapat beberapa peraturan baru untuk jemaah haji dan umrah, termasuk pemilihan perjalanan dengan perjalanan teratur oleh syarikat berlesen, serta mematuhi peraturan insurans kesihatan dan insurans kenderaan untuk pengunjung dan penumpang transit.

Menteri Haji dan Umrah yang juga pengerusi Jawatankuasa Program Perkhidmatan Tetamu, Mohammed Benten mengucapkan terima kasih kepada Kustodian Dua Masjid Suci Raja Salman dan Putera Mahkota Muhammad Bin Salman kerana mengeluarkan keputusan kerajaan berhubung perkara itu.

Dalam satu kenyataan kepada Agensi Akhbar Saudi, menteri itu berkata, keputusan kerajaan datang dalam kerangka kepemimpinan yang bijak untuk memudahkan kedatangan umat Islam dari seluruh dunia bagi melaksanakan ibadah haji dan umrah.

“Ini juga menunjukkan kesediaan kerajaan menerima peningkatan jumlah jemaah haji dan umrah melalui projek-projek infrastruktur yang besar dan memperbaiki sistem perkhidmatan di Makkah, Madinah dan tempat ibadah lain di negara itu.

“Keputusan itu meningkatkan usaha untuk mencapai salah satu tujuan terpenting Wawasan Kerajaan 2030 untuk menerima 30 juta jemaah haji pada tahun 2030, melalui sistem pelayanan yang besar yang disediakan oleh Kerajaan kepada tetamu Allah,” katanya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close