Berita Utama

4 anggota TUDM maut dalam insiden tembakan

Semua pihak digesa tidak sebar spekulasi sehingga siasatan selesai

KUCHING, 4 Muharram 1443H, Jumaat – Empat anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) maut dalam kejadian tembakan di kem TUDM di Kota Samarahan di sini, pagi tadi.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail berkata, buat masa ini pihaknya sedang menjalankan siasatan mengenai insiden itu.

“Ya berlaku, tetapi buat masa ini siasatan masih dijalankan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

TUDM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan berlaku satu insiden tembakan membabitkan empat warga TUDM pada jam 7.15 pagi tadi di Unit TUDM di Kota Samarahan, Kuching ketika waktu anggota bertugas.

“Pihak TUDM menggesa semua pihak agar tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan oleh polis selesai.

“TUDM akan menubuhkan satu Lembaga Penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button