Berita UtamaDr Ahmad Sanusi AzmiPendapatUtama

Mengapa dikritik perpaduan ummah?

Jangan kita berpecah dalam membantu usaha sesama muslim

1. KESEPAKATAN umat Islam untuk mengutamakan produk Muslim mestilah disokong. Mengapa pula dikritik kempen yang membantu memperkukuhkan perpaduan umat ini. Rasulullah berpesan agar Muslim sentiasa membantu Muslim yang lain. Sabda Rasulullah:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ لاَ يَظْلِمُهُ وَلاَ يَخْذُلُهُ وَلاَ يَحْقِرُهُ

“Muslim itu adalah saudara buat Muslim yang lain, mereka tidak menzalimi, tidak merendahkan saudara mereka dan tidak menghina mereka” (HR Muslim)

2. Jangan pula kita berpecah dalam kempen membantu usaha sesama Muslim ini. Dalam al-Quran Allah mengingatkan kita bahawa syaitan akan berusaha menimbulkan permusuhan terhadap umat Islam. Firman Allah:

إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإِنْسَانِ عَدُوًّا مُّبِينًا

“Sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menghasut di antara mereka (yang mukmin dan yang menentang); sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang amat nyata bagi manusia.” (Surah al-Isra)

3. Ketika menghuraikan ayat ini, al-Imam Ibn Asyur menjelaskan bahawa pergaduhan di antara adik beradik Nabi Yusuf itu dikatakan hasil hasutan syaitan. Ini dijelaskan melalui firman Allah melalui kisah Nabi Yusuf:

مِنْ بَعْدِ أَنْ نَزَغَ الشَّيْطانُ بَيْنِي وَبَيْنَ إِخْوَتِي

“(perselisihan berlaku) selepas daripada syaitan menghasut di antara aku dan adik beradikku (Nabi Yusuf)”

4. Kempen membantu produk Muslim mestilah diteruskan. Ia adalah usaha yang baik dalam membantu saudara Muslim. Jangan pula terperdaya dengan hasutan atau kritikan yang mengelirukan dengan menyatakan ini adalah kempen boikot. Sedangkan ia adalah usaha murni untuk membantu saudara Muslim kita.

Mudah -mudahan Allah membimbing kita semua.

Dr Ahmad Sanusi Azmi

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close