Berita UtamaUtama

Janji PH tangani rasuah hanya kenangan, omong kosong

Kerajaan digesa rangka dasar baharu untuk pemilik perniagaan adaptasi sistem pelaporan lebih transperansi: Penganalisis ekonomi

BANGI, 12 Muharram 1441H, Khamis – Laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan peningkatan kadar rasuah dalam sektor perniagaan menunjukkan janji manifesto Pakatan Harapan (PH) kononnya untuk membersihkan Malaysia daripada gejala berkenaan hanyalah kenangan dan omong kosong sahaja.

Merujuk laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris kelmarin, penganalisis ekonomi, Muhammad Thalhah Kamarol Zaman berkata, menurut SPRM, sebanyak 900 kertas siasatan mengenai pelbagai salah laku rasuah telah dibuka dan angka itu dijangka terus meningkat menjelang 2020.

Memetik laporan The Star, jurucakap SPRM dilaporkan memberi amaran terhadap amalan rasuah dalam sektor perdagangan dan perniagaan di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Difahamkan, hampir 800 individu telah ditahan oleh SPRM dalam tempoh lima tahun lalu berikutan kes rasuah membabitkan organisasi komersial.

Menurut laporan itu, antara 2014 dan 2018, sejumlah 782 individu daripada 900 kertas siasatan yang dibuka oleh SPRM dalam tempoh lima tahun telah ditangkap.

Mengulas laporan membimbangkan itu, Muhammad Thalhah berkata, setakat hari ini, kerajaan PH masih belum mempunyai sebarang tindakan efektif untuk menangani gejala rasuah secara serius.

“Justeru, kerajaan perlu segera merangka dasar dan menolak Parlimen untuk meluluskan rang undang-undang baharu bagi memastikan setiap pemilik perniagaan mengadaptasi sistem pelaporan yang lebih transperansi, membabitkan emolumen, gaji, bonus, aset dan sebagainya,” katanya.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close