Berita UtamaDuniaUncategorizedUtama

Gaza diserang lagi

Pesawat pengganas Israel sasar dua kawasan milik Hamas

GAZA, 12 Muharram 1441H, Rabu – Pesawat pejuang Israel melancarkan serangan udara terbaharu ke atas Semenanjung Gaza, menyasarkan beberapa kawasan di Beit Lahia, di bahagian utara wilayah kecil itu.

Tiada korban dilaporkan selepas serangan awal hari ini, yang didakwa Israel kononnya sebagai tindak balas terhadap serangan roket yang dikatakan dari kawasan berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dilaporkan terpaksa melarikan diri dan mencari tempat perlindungan ketika berkempen di bandar pelabuhan Asdod, selepas roket yang didakwa dari Gaza dilepaskan ke kawasan itu.

Serangan udara hari ini dilancarkan beberapa jam selepas serangan meriam rejim pengganas Israel ke atas Beit Lahia, yang menyasarkan dua kawasan ketenteraan milik Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Serangan itu juga tidak menyebabkan sebarang kecederaan.

Awal hari ini, pesawat Israel mengebom kawasan Hamas di Deir al-Balah yang terletak lebih 14 kilometer di selatan bandar Gaza.

Pesawat rejim itu melancarkan empat serangan udara di kawasan berkenaan, dan menyasarkan sebuah bangunan terbengkalai di daerah al-Hikr.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close