Berita UtamaUtama

25 warga asing di tiga pusat pelacuran ditahan

Premis berkenaan popular kerana tawar khidmat seks murah

KUALA LUMPUR, 12 Muharram 1441H, Khamis – Polis menggempur tiga pusat pelacuran di ibu negara menerusi Op Noda semalam, yang membawa kepada penahanan 25 wanita warga asing dan empat lelaki tempatan.

Ketua Penolong Pengarah (D7) Pencegahan Judi/Maksiat/ Gangsterism, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Rohaimi Md Isa berkata, kesemua suspek berusia 23 hingga 47 tahun ditahan dalam operasi bermula 11.40 malam.

“Mereka yang ditahan terdiri daripada 16 wanita warga Vietnam dan sembilan wanita warga Indonesia.

“Mereka bekerja sebagai tukang urut dan pelacur manakala lelaki yang ditahan adalah penjaga premis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Premis ini popular dalam kalangan lelaki warga tempatan dan asing kerana menawarkan khidmat seks yang murah,” katanya.

Rohaimi berkata, kesemua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close