Berita UtamaPendapat

Kenapa bangsa Melayu mangsa stereotaip di bumi sendiri?

Jika pemerintah jujur tak penting kuasa, nasib Melayu takkan jadi begini

MELAYU distereotaip sebagai bangsa pemalas, entah berapa peratus sahaja yang pemalas?

Melayu distereotaip sebagai suka penipu, entah berapa peratus sahaja suka menipu?

Melayu distereotaip sebagai bangsa bodoh, entah berapa peratus sahaja yang bodoh?

Legasi penjajah menstereotaipkan orang Melayu sebagai pemalas, adalah selepas mereka merampas tanah-tanah orang Melayu, melarang orang Melayu berniaga, tidak dibenarkan menerima pendidikan tinggi, lalu suka sahaja mereka mengelar orang Melayu pemalas kerana enggan menjadi kuli kepada penjajah di tanah air mereka sendiri.

Hari ini kita mengulangi lagi stereotaip terhadap bangsa Melayu tinggalan penjajah, sebagai kambing hitam atas kegagalan polisi dari pelbagai sektor yang kita wujudkan.

Polisi separa masak beginilah hasilnya. Apabila tidak berjaya orang Melayu sekali lagi dipersalahkan.

Apa nasib kita orang Melayu di bumi sendiri?

Jika pemerintah kita jujur membangunkan orang Melayu dari segenap sudut, tidak hanya memikir kepentingan kuasa mereka sahaja, nasib kita tidak akan begini.

Umpama Cikgu yang menyalahkan anak muridnya gagal periksa kerana bodoh dan malas, sedangkan dirinya sendiri tidak bermuhasabah apa yang telah dilakukannya?

Tambah lagi pelik, dia menjaja satu dunia bahawa anak muridnya itu bodoh dan malas bukan tujuan untuk menginsafkan mereka, tetapi mengelakkan dirinya dari dipersalahkan.

Hebat para pemimpin Melayu kita menyalahkan bangsanya sendiri selepas mengaut kekayaan yang tidak akan pernah luput dek zaman.

Berterusan la bergenerasi orang Melayu percaya bangsanya adalah malas, bodoh dan suka menipu.

Sedangkan kisah Melayu membangun tamadun dunia jarang-jarang kedengaran.

Apalah nasib bangsa Melayu, sudahlah distereotaip, benci pula dengan bangsa dan asal kejadian sendiri.

Asyraf Farique
Penganalisis IRIS Institute

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close