Berita UtamaUtama

Dakwaan 21 IPG ditutup tak benar

Cadangan penutupan IPG tak berkait dasar kerajaan ketika ini: Maszlee

ALOR GAJAH, 10 Muharram 1441H, Selasa – Laporan media yang mendakwa sebanyak 21 daripada 27 institut pendidikan guru (IPG) akan ditutup secara berperingkat bermula tahun depan adalah tidak benar kerana ia merujuk kepada keputusan dibuat oleh kerajaan sebelum ini.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, cadangan penutupan IPG itu sama sekali tidak berkait dan langsung tidak merujuk sama sekali kepada dasar kerajaan pada masa ini.

“Kita meminta kepada pihak yang mengeluarkan berita tersebut supaya merujuk kepada kita dahulu sebelum mengeluarkan kenyataan yang tidak benar sama sekali.

“Kenyataan tersebut langsung tidak benar, ia merujuk kepada dasar oleh kerajaan lama dan bukan dasar kerajaan sekarang ini,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja ke Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat di Kuala Sungai Baru di sini hari ini.

Laporan muka depan akhbar Berita Harian hari ini melaporkan dakwaan daripada sumber tidak dinamakan terdapat cadangan 21 daripada 27 (IPG) akan ditutup secara berperingkat bermula tahun depan dan tahun ini pengambilan terakhir pelajar IPG berkenaan. – Bernama

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close