Berita UtamaDuniaUtama

Taufan Faxai landa Tokyo

Seorang maut, 900,000 rumah terjejas bekalan elektrik terputus

TOKYO, 9 Muharram 1441H, Isnin – Seorang disahkan maut hari ini apabila taufan Faxai yang membawa angin kencang dan hujan lebat kembali melanda Tokyo sejak beberapa tahun lalu.

Jurucakap kerajaan, Yoshihide Suga memberitahu pemberita bahawa pihaknya menerima laporan mengenai kematian itu serta kerosakan yang disebabkan pokok tumbang dan objek berterbangan akibat angin kencang.

“Sebanyak 900,000 rumah terputus bekalan elektrik,” kata beliau.

Sebelum ini, lebih 130 penerbangan dibatalkan dan perkhidmatan kereta api ditutup digantung beberapa jam sebagai usaha pihak berkuasa memberi amaran terhadap bahaya taufan berkenaan.

Taufan Faxai yang membawa angin kencang selaju 207 kilometer sejam (kph) melanda Chiba di timur ibu negara awal pagi sehingga menyebabkan berlaku tanah runtuh, kata stesen televisyen NHK.

Kyodo News Agency memetik pihak berkuasa tempatan sebagai berkata, sekurang-kurangnya 30 orang cedera di wilayah Chiba, Kanagawa dan Shizuoka.

Seorang wanita cedera parah selepas tiang dari padang golf tumbang ke rumahnya.

NHK melaporkan, Faxai yang dinamakan sempena wanita Laos, adalah taufan paling kuat melanda kawasan Tokyo dalam tempoh beberapa tahun. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close