Berita UtamaDuniaUtama

Kabinet baharu Sudan angkat sumpah

18 anggota diketuai PM Abdalla pimpin negara hingga pemilihan umum

KHARTOUM, 9 Muharram 1441H, Isnin – Kabinet pertama Sudan sejak penyingkiran bekas presiden, Omar al-Bashir pada April lalu berikutan protes di seluruh negara terhadap pemerintahannya, mengangkat sumpah semalam.

Kabinet 18 anggota yang diketuai oleh Perdana Menteri, Abdalla Hamdok termasuk empat wanita, mengangkat sumpah di istana presiden di Khartoum pada Ahad.

Anggota baharu itu termasuk Menteri Luar Negeri wanita pertama, Asmaa Abdalla, dan bekas ahli ekonomi Bank Dunia, Ibrahim Ahmad al-Badawi sebagai menteri kewangan.

Kabinet dijangka memimpin urusan harian negara dalam tempoh peralihan selama 39 bulan hingga pemilihan umum.

Barisan Kabinet itu dibentuk setelah Sudan bulan lalu bersumpah dalam ‘majlis berdaulat’- sebuah badan pemerintah tentera-awam yang bertujuan mengawasi peralihan.

Majlis berdaulat itu sendiri adalah hasil daripada kesepakatan perkongsian kuasa antara para penunjuk perasaan dan jeneral yang merampas kekuasaan setelah menggulingkan Bashir pada bulan April.

“Kita perlu meletakkan banyak usaha untuk memenuhi permintaan rakyat kita. Dunia sedang memerhatikan kita, sedang menunggu untuk melihat bagaimana kita dapat menyelesaikan masalah kita.” kata Menteri Penerangan, Faisal Mohamed Saleh kepada pemberita selepas upacara bersumpah.

Presiden Omar al-Bashir yang memerintah Sudan selama 30 tahun digulingkan pihak tentera April lalu selepas protes yang berlanjutan selama beberapa bulan.- Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close