Berita Utama

Dunia perlu bersatu heret Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa

PN desak perbahasan khas isu P4lestin di Dewan Rakyat

BANGI, 5 Rabiulakhir 1445H, Jumaat – Dunia perlu bersatu untuk mengheret negara haram Israel ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Gaza minggu ini.

Pengeboman ke atas Hospital Al-Ahli Baptist yang mengorbankan ratusan jiwa anak-anak kecil, warga emas, kaum ibu yang sakit adalah satu jenayah perang, kata Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal.

“Perkara ini tidak akan berhenti kalau tiada desakan daripada Parlimen-Parlimen di satu dunia.

“Sepanyol, Columbia dan Ireland telah memberi tekanan kepada negara haram itu.

“Kita juga mahu Malaysia melakukan langkah yang sama. Pertama adalah memastikan Israel ini dibenamkan kerana ia merupakan jenayah perang,” katanya.

Atas dasar itu, Perikatan Nasional (PN) mendesak perbahasan khas dilakukan di Dewan Rakyat supaya kerajaan boleh mengusulkan tindakan kepada Majlis Keselamatan Pertubuhan-Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) sekali gus memberi tekanan kepada Israel.

“Saya menyeru sidang khas di Dewan Rakyat diadakan untuk kita memberi kekuatan kepada bukan saja kerajaan Malaysia tetapi semua negara-negara yang bersama dengan Palestin untuk memberi tekanan kepada Isr@el dan sekutunya dunia tidak akan berdiam diri,” katanya.

Semalam, Ahli Parlimen Machang itu telah menghantar usul tergempar di Dewan Rakyat berhubung krisis yang semakin meruncing di Gaza.

Namun beliau tidak sempat membincangkan tentang pelanggaran dan pencabulan hak asasi manusia dan jenayah perang yang dilakukan rejim negara haram.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button