Berita UtamaDunia

Tahanan Palestin meninggal selepas divaksin

Saasaa menderita beberapa penyakit kronik, keluarga dakwa penjara cuai

TEBING BARAT, 9 Jamadilakhir 1442H, Jumaat – Tahanan Palestin, Maher Saasaa meninggal dunia setelah menerima vaksin coronavirus, baru-baru ini, kata Suruhanjaya Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin.

Perkhidmatan Penjara Israel mengumumkan pada Rabu malam kematian Saasaa, 45, dari Qalqilah, di utara Tebing Barat, yang menderita beberapa penyakit kronik.

Punca kematian tidak jelas, menurut kenyataan rasmi.

Pihak berkuasa Israel memberitahu keluarganya bahawa autopsi dilakukan, semalam.

Keluarga bapa kepada enam orang anak itu mendakwa bahawa Saasaa berdepan dengan kecuaian perubatan ketika berada dalam tahanan selama lebih dari 15 tahun.

“Kami menyiapkan laporan terperinci mengenai keadaan kesihatan bagi tahanan di penjara Israel, dan kami akan mengirimkannya melalui Kementerian Luar Negeri untuk organisasi hak asasi manusia membuat usaha melindungi tahanan Palestin,” kata ketua suruhanjaya tahanan, Abu Baker.

Pemerintah Israel memutuskan untuk mulai memvaksinasi tahanan di penjara yang berbeza, dan jumlah tahanan yang dijangkiti meningkat baru-baru ini, kata Abu-Baker kepada Anadolu Agency. 

Terdahulu, Perkhidmatan Penjara Israel mengatakan akan mula memvaksinasi semua orang yang dipenjarakan, termasuk Palestin, berikutan gesaan daripada kumpulan hak asasi, pegawai Palestin dan peguam negara Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button