Berita UtamaKolumnisUstaz Sharipudin Abdul KadirUtama

Bina kekuatan sesama muslim

Ramai 'pengampu' meracau dengan kempen sokong keluaran muslim

BERSEDIALAH dengan kekuatan, begitulah arahan Allah dalam al-Quran supaya orang mukmin membuat persiapan untuk berdepan dengan musuh Allah dan musuh-musuh kamu. Dengan persiapan ini akan menakutkan musuh-musuh Allah dan juga musuh-musuh kamu.

Kekuatan yang dimaksudkan dalam al-Quran adalah merangkumi semua kekuatan yang perlu dibina dan dipersiapkan. Hasilnya secara jelas dinyatakan ia boleh memberi kegerunan kepada musuh-musuh yang selalu memberi cabaran dan ancaman kepada orang Islam.

Dengan sedikit kekuatan yang baru dilaungkan’ Utamakan keluaran Muslim’ sudah menampakkan kepada kita kegelisahan dalam kalangan mereka dan pengampu-pengampu dalam kalangan orang Islam.

Ada yang kata barangan muslim tidak semuanya halal. Ramai pengampu yang jadi meracau. Ada yang persoal ketayap buatan Cina dibeli oleh muslim. Pengampu lebih awal panik dan berkecamuk tak tentu arah. Setakat itu sahaja perancangan ekonomi mereka untuk ummah hanya jual beli ketayap.

Fenomena ini makin jelas aras strategi perancangan ekonomi mereka untuk kemajuan ekonomi ummah hanya jual beli ketayap. Sementara itu ada yang lain suruh tanam pelbagai tanaman seperti nenas di kawasan tanah berhampiran pantai.

Biasanya petani yang menangis kerana ‘menadah’ bantuan tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Mungkin ini teknik untuk meredakan kepanasan dengan mengeluarkan air mata tangisan yang selalu dilakonkan oleh kebanyakan pelakon dalam siri-siri drama yang membawa episod sedih. Semuanya lakonan semata-mata.

Ada kelompok agamawan sibuk mencari hujah dari sirah Rasulullah ﷺ, adakah zaman Nabi pernah boikot barangan Yahudi. Slogan yang kita laungkan adalah ‘ Utamakan Keluaran Muslim’.

Muslim perlu bina kekuatan bersama saudaranya. Dengan slogan ini kita mengharapkan muslim dapat membina kekuatan ekonomi tanpa kita menzalimi sesiapa pun, walaupun orang kafir tidak pernah sedetik untuk membantu peniaga-peniaga muslim.

Bukan sahaja ada kelompok agamawan bertungkus-lumus membela orang kafir. Ada juga di kalangan pemuka-pemuka kafir cuba mengamati sirah Rasulullah ﷺ , kononnya baginda sendiri tidak pernah boikot perniagaan Yahudi.

Kalau kita amati secara halus kita dapati seolah-olah mereka sendiri mengaku secara tersurat atau tersirat mereka adalah Yahudi atau macam Yahudi kerana kajian mereka tentang perniagaan Yahudi zaman Rasulullah  ﷺ.

Apabila kita bicarakan masalah Yahudi, perlu juga kita bicarakan Yahudi secara menyeluruh. Apa tindakan Rasulullah ﷺ terhadap Yahudi di Lembah Khaibar. Jangan hanya melihat dalam sudut terpencil sahaja.

Suatu pengajaran untuk orang Melayu muslim. Kekuatan Melayu muslim hanya dapat dibina melalui persaudaraan Islam. Jadikan asas persaudaraan Islam untuk kita bina kekuatan dalam semua bidang kehidupan di dunia dan akhirat.

Kita bina kekuatan ekonomi melalui persaudaraan Islam. Begitu juga dalam politik dan lain-lain lagi. Kalau alam perniagaan kita perlu bersama orang Islam dengan slogan ‘Utamakan keluaran Muslim’ begitu juga dalam politik. Kita wajib utamakan pemimpin muslim yang berwibawa. Jelas kepada kita hanya muslim sahaja boleh memberi kekuatan kepada kita.

Kekuatan Islam yang kita bina untuk memberi keadilan kepada semua termasuk orang kafir. Islam memberi keadilan kepada semua manusia. Orang kafir yang tidak memusuhi Islam tidak perlu takut dan bimbang jika kekuatan Melayu Muslim kembali semula kerana Islam mengharamkan umatnya menzalimi sesiapa pun, walaupun mereka tidak menganut Islam selagi mana mereka tidak mengkhianati dan memusuhi Islam.

Ustaz Sharipuddin Ab Kadir
YDP Isma Pasir Puteh

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close