Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Penduduk Kashmir masih tutup premis tanda protes

India perlu pulihkan huru-hara, boikot akan dihentikan

ISLAMABAD, 6 Muharram 1441H, Jumaat – Penduduk Kashmir masih meneruskan bantahan menentang pihak berkuasa India, selepas sebulan New Delhi membatalkan autonomi wilayah Himalaya itu.

Bantahan bukan sahaja dibuat melalui para pelajar yang memboikot pengajian sekolah dan institut pengajian tinggi serta penutupan premis, malah para pekerja yang juga tidak kira sama ada sektor swasta mahupun awam tidak lagi bekerja.

Dalam poster di seluruh bandar utama Srinagar, para peniaga digesa untuk membuka premis hanya pada pada lewat petang dan awal pagi untuk proses jual beli.

Selain itu, majoriti premis di kawasan komersial Srinagar masih ditutup dan para peniaga enggan meneruskan perniagaan, walaupun diarahkan pihak berkuasa India.

Salah seorang peniaga Mohammad Ayub berkata, mereka hanya akan membuka premis pada waktu malam.

Malah, seorang lagi peniaga Shabir Ahmad berkata : “Bagi kami, identiti kami dipertaruhkan dan kami perlu pertahankannya. India perlu pulihkan semula kucar-kacir yang berlaku, baru kami boleh memulakan semula perniagaaan kami,”.

Sementara itu, jurucakap rasmi kerajaan negeri Jammu dan Kashmir, Rohit Kansal telah menyalahkan pihak berkuasa India atas penutupan premis dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya ke atas bantahan berkenaan.

Sekolah-sekolah dan pejabat kerajaan dibuka semula di dua negeri itu pada 19 Ogos, selepas dua minggu ditutup.

“4,000 sekolah di Kashmir masih berfungsi, kehadiran bertambah baik walaupun ia masih rendah di beberapa kawasan.

“Selain itu, jumlah pengunjung hotel di negeri ini boleh dikatakan sifar dan masjid Jamia di Srinagar telah ditutup selama sebulan,” kata Kansal.

Ahli farmasi juga melaporkan bahawa bekalan ubat-ubatan juga semakin berkurangan kerana masalah logistik, terutamanya bagi penyakit tiroid, kencing manis, anti-depresi dan kanser.

Semalam, ketua kumpulan hak asasi Amnesty International India Aakar Patel melancarkan kempen bagi mendesak New Delhi untuk menyambung perkhidmatan komunikasi

“Ia memberi kesan buruk kepada kehidupan harian rakyat Kashmir, kesejahteraan emosi dan mental, penjagaan perubatan, serta akses kepada keperluan asas dan perkhidmatan kecemasan,” kata Patel.

Terdahulu, India membatalkan status autonomi khas yang diberikan kepada Kashmir yang ditadbir India.

Perkara 370 yang diperoleh rantau Himalaya itu menjamin hak istimewa kepada negara majoriti muslim itu termasuk hak Perlembagaan dan autonomi sendiri untuk membuat undang-undang kecuali mengenai pertahanan, komunikasi dan hal ehwal asing. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close