PendapatUtama

Mengapa DAP benci kempen produk muslim?

Banyak perkara didesak DAP untuk dibincangkan di Kabinet

DALAM tindak balas terhadap Kempen Menyokong Produk Muslim, Setiausaha DAP pantas mengeluarkan kenyataan menyelar kempen ini dengan memerli kaum muslim agar memboikot sekali produk telefon.

2. Tidak terhenti di situ sahaja, Lim Guan Eng turut mendesak UMNO dan PAS supaya menghentikan kempen ini.

3. Semalam, Ronnie Liu, di dalam kiriman Facebooknya menyifatkan kempen menyokong produk muslim ini sebagai tindakan yang “seakan tidak mempunyai akal” bahkan merugikan semua pihak. Katanya “pakailah akal sedikit”!

4. Hannah Yeoh pula turut menyifatkan kempen ini sebagai memboikot produk bangsa atau agama tertentu. Desakan demi desakan oleh DAP berlaku sehingga mendesak perbincangan berlaku di dalam Kabinet dan akhir Timbalan Perdana Menteri turut mengeluarkan kenyataan yang sama seperti dikeluarkan oleh DAP iaitu menyifatkan kempen ini sebagai boikot.

5. Telah banyak perkara yang didesak oleh DAP yang dibincangkan di dalam Kabinet termasuklah isu Zakir Naik, isu produk muslim ini bahkan isu tulisan jawi sebelum ini. Nampaknya suara DAP benar-benar mendominasi dalam Kabinet sehingga isu produk muslim turut seakan diselewengkan dengan istilah boikot.

6. Benarlah analisis sebahagian pihak sebelum ini yang menyatakan DAP benar-benar mendominasi Kabinet sehingga isu umat Islam turut perlu mendapat restu mereka. Apa yang mereka bimbangkan sangat dengan produk muslim ini?

Semoga Allah membimbing kita.

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close