Berita UtamaDuniaUtama

Anak lelaki Morsi meninggal

Abdullah Morsi dipercayai mati akibat serangan jantung

KAHERAH, 5 Muharram 1441H, Khamis – Anak lelaki bekas Presiden Mesir, Allahyarham Mohamed Morsi meninggal dunia akibat serangan jantung di sebuah hospital di Giza, selatan ibu kota Kaherah, lapor Al Jazeera.

Abdullah Morsi, 24 adalah anak bongsu, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir 78 hari selepas kematian bapanya.

Beliau dikhabarkan mula sakit dada ketika memandu di Kaherah dengan seorang sahabat dan meninggal dunia sejurus selepas itu, kata abangnya Ahmed kepada Reuters.

Abdullah pernah muncul sebagai jurucakap keluarga selepas bapanya meninggal dunia di penjara Mesir pada 17 Jun lalu.

Bapanya, Mohamed Morsi adalah presiden pertama Mesir yang dipilih secara demokrasi pada tahun 2012, tetapi digulingkan rejim tentera pada Julai 2013 – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close