Aminuddin bin YahayaBerita UtamaUtama

Kempen Beli Produk Muslim: Sedikit pesanan, harapan

Pastikan kedai mempunyai barangan yang cukup, berkualiti

KEPADA semua peniaga muslim,

Seperti semua maklum, sambutan kepada kempen Beli Produk Muslim sedang mendapat sambutan yang sangat hangat. Oleh itu, untuk tidak merencatkan sokongan dan sentimen umat Islam keseluruhannya terhadap kempen ini, saya menyeru agar semua peniaga memastikan kedai-kedai mereka mempunyai barangan yang mencukupi dan berkualiti.

Kita tidak mahu pembeli-pembeli berasa kecewa jika barangan sering tiada atau tidak mencukupi di kedai-kedai tuan-tuan dan puan-puan sekalian.

Kepada para pengguna,

Saya menyeru supaya kita bersabar jika terdapat kedai-kedai yang tidak mempunyai barangan yang kita perlukan. Kempen kita masih lagi baru dan berilah masa kepada peniaga-peniaga untuk melengkapkan barangan di kedai mereka. Jangan putus asa kerana putus asa itu hanyalah mainan syaitan.

Serulah kepada jiran-jiran tertangga untuk sama-sama membantu saudara seagama kita. Mudah-mudahan, ia menjadi amal soleh yang mendapat ganjaran disisi Allah.

“BERBELANJA SAMBIL MENDAPAT PAHALA”

InsyaAllah. Ameen. Teruskan berkempen!

Aminuddin Yahaya
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH)

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close