AgamaBerita UtamaPendapatUtama

Nabi impi ekonomi Islam maju

Nabi juga doa sektor pertanian dipelopori orang-orang beriman

1. WALA’ (kesetiaan) sesama orang mukmin adalah suatu perkara yang sangat tinggi nilainya dalam keimanan kita. Ia bukan sekadar pada sudut memelihara orang mukmin saat dizalimi orang lain, tetapi ia lebih daripada itu sehingga ingin melihat kebaikan sentiasa berada disisi saudara seakidahnya. Atas sebab itulah disebut setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar.

2.Begitu jugalah dalam isu membangunkan ekonomi umat Islam. Orang yang benar imannya akan sentiasa bercita-cita melihat umat Islam itu terus membangun kehadapan pada semua sudut. Baginya, ini bukan isu soal wajib atau haram, tetapi ia adalah soal yang lebih mendasar iaitu setianya dia bersama orang beriman.

3. Jika kita lihat dalam al-Quran, Allah SWT sendiri merakamkan doa seorang Nabi yang sangat mulia cita-citanya. Kerana Baginda sangat cintakan orang beriman maka Baginda sentiasa mendoakan kebaikan termasuklah supaya kekayaan itu menjadi hak milik umat.

وَإِذۡ قَالَ إِبۡرَٲهِـۧمُ رَبِّ ٱجۡعَلۡ هَـٰذَا بَلَدًا ءَامِنً۬ا وَٱرۡزُقۡ أَهۡلَهُ ۥ مِنَ ٱلثَّمَرَٲتِ مَنۡ ءَامَنَ مِنۡہُم بِٱللَّهِ وَٱلۡيَوۡمِ ٱلۡأَخِرِ‌ۖ

Maksudnya: Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim A.S berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! Jadikanlah (negeri Makkah) ini, negeri yang aman sentosa dan berikanlah rezeki dari berbagai jenis buah-buahan kepada penduduknya, iaitu orang-orang yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat di antara mereka. (al-Baqarah, 126)

4. Atas citanya pada negara, Baginda bukan sekadar mengharapkan tanah yang sedang kering kontang ketika itu subur dan dilimpahi rezeki, tetapi Baginda juga mengharapkan rezeki secara khusus lagi iaitu sektor pertanian dilimpahi dikalangan orang-orang yang beriman. Baginda ingin melihat membangunnya ekonomi umat Islam.

5. Lalu persoalan ini kita tanyalah kembali pada diri kita, masih adakah lagi cita-cita ingin melihat ekonomi umat Islam kembali membangun? Atau ianya sudah hilang dek dimakan kononnya atas nama kemanusiaan atau hidup harmoni.

Moga masih ada lagi kesetiaan kita kepada umat,
Sokong Produk Muslim!

Muhammad Firdaus bin Zalani
Pegawai Penyelidik MUIS

Penafian: Artikel ini adalah pandangan penulis. Ia tidak mewakili pendirian rasmi Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), mahupun Ismaweb.net.

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close