Asean/Asia-PasifikBerita UtamaDuniaUtama

Bangladesh haramkan akses telefon bimbit di kem Rohingya

Pelarian salah guna perkhidmatan komunikasi untuk aktiviti jenayah

DHAKA, 3 Muharram 1441H, Selasa – Bangladesh mengarahkan syarikat telekomunikasi supaya berhenti menjual kad SIM dan memutuskan perkhidmatan telefon bimbit kepada hampir satu juta pelarian Rohingya yang tinggal di kem perlindungan di sempadan negara itu.

Perintah berkenaan mengakibatkan terputusnya komunikasi antara pelarian Rohingya dengan ahli keluarga mereka yang masih berada di Myanmar.

Jurucakap Suruhanjaya Kawal Selia Telekomunikasi Bangladesh, Zakir Hossain Khan berkata, pengendali telekomunikasi diberi tempoh selama tujuh hari bagi mengemukakan laporan mengikut perintah kerajaan untuk menutup rangkaian di kem.

“Ramai pelarian Rohingya menggunakan telefon bimbit di kem. Kami telah pun meminta pengendali mengambil tindakan untuk menghentikannya (memutuskan rangkaian),” katanya sambil menambah bahawa keputusan yang dibuat atas alasan keselamatan.

Sekurang-kurangya 700,000 pelarian Rohingya yang berasal dari negeri Rakhine melarikan diri ke Bangladesh sejak Ogos 2017, berikutan tindakan Myanmar yang didakwa cuba menghapuskan etnik berkenaan.

Arahan pemberhentian talian komunikasi di Bangladesh dibuat selepas dua tahun etnik Rohingya berpindah ke negara itu.

Walaupun Bangladesh secara rasminya mengharamkan penggunaan telefon bimbit di kem pelarian pada 2017, namun arahan itu tidak pernah dikuatkuasakan sepenuhnya, manakala set telefon bimbit serta kad SIM mudah didapati dan berkembang maju di kem itu.

Seorang pemimpin Rohingya berkata, pelarian hanya bergantung kepada teknologi termasuk radio untuk menyebarkan maklumat dan berhubung dengan keluarga mereka.

Selain itu, seorang pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, langkah berkenaan akan meningkatkan lagi jumlah jenayah, keganasan atau ekstremisme.

Sementara itu, seorang jurucakap polis, Ibal Hossain berkata, kerajaan membuat keputusan yang betul berikutan pelarian telah menyalahgunakan akses telefon bimbit untuk melakukan jenayah seperti penjualan pil Methamphtamine dari Myanmar, yang bernilai ratusan juta dolar.

“Ia pasti akan membawa kesan yang positif. Saya percaya aktiviti jenayah pasti akan turun,” katanya.

Katanya, kes jenayah semakin berleluasa sejak kedatangan pelarian Rohingya dan ianya termasuk hampir 600 kes penyeludupan dadah, pembunuhan, rompakan, pertempuran dan perselisihan keluarga.

Secara keseluruhannya, pasukan keselamatan Bangladesh menembak mati sekurang-kurangnya 34 pelarian Rohingya sejak dua tahun lalu, kebanyakannya kerana didakwa melakukan penyeludupan Methamphetamine.

Kemasukan etnik Rohingya di Bangladesh telah mengakibatkan ketegangan kewangan di selatan negara yang juga sudah mengalami kemelut ekonomi.

Perjanjian repatriasi Myanmar-Bangladesh pada November 2017 telah menerima kecaman daripada masyarakat antarabangsa akibat penindasan etinik Rohingya. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close