DuniaPalestinUtama

76 warga Palestin dijadikan tahanan pentadbiran pada Ogos

Tempoh tahanan dijadualkan selama dua hingga enam bulan

 

TEL AVIV, 2 Muharram 1441H, Isnin – 76 warga Palestin pada bulan lalu dilaporkan telah menjadi mangsa tahanan pentadbiran akibat perbuatan biadab rejim pengganas Zionis, yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa.

Suruhanjaya Hal Ehwal Tahanan dan Bekas Tahanan Palestin dalam satu kenyataan berkata, beberapa tahanan telah ditahan buat kali pertama dan tempoh tahanan yang dikenakan sejak Ogos lalu adalah di antara dua hingga enam bulan.

Terdahulu, media melaporkan lebih 7,000 penduduk Palestin ditahan di 17 penjara Israel dan ratusan daripada mereka ditangkap secara penahanan pentadbiran, iaitu dasar di mana warga Palestin dikurung tanpa perbicaraan atau pertuduhan.

Beberapa warga Palestin dijadikan tahanan pentadbiran sehingga sebelas tahun dan mereka melancarkan mogok lapar sebagai bantahan terhadap tindakan yang dikenakan oleh rejim pengganas Zionis.

Kini, seramai lapan tahanan pentadbiran dilaporkan sedang mogok lapar di penjara Israel.

Sementara itu, dianggarkan seramai 500 hingga 700 kanak-kanak Palestin termasuk beberapa orang daripada mereka berusia 12 tahun, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah Israel atas kesalahan yang tidak logik iaitu membaling batu.

Pada 2015, pihak berkuasa Israel meluluskan undang-undang yang memberi kuasa memaksa tahanan Palestin untuk mogok lapar, yang juga ditolak oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sebagai pelanggaran hak asasi manusia. -Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close