Berita UtamaDuniaPalestinUtama

Pemuda Palestin maut ditembak

87 penunjuk perasaan termasuk wartawan, anggota medik cedera

GAZA, 30 Zulhijjah 1440H, Sabtu – Seorang pemuda Palestin meninggal dunia hari ini akibat ditembak oleh rejim pengganas Israel ketika protes mingguan di sempadan Gaza-Israel, semalam.

Badr Eddin Musa, 25, disahkan meninggal dunia oleh pihak hospital akibat cedera parah ditembak ketika protes ‘Great March of Return’ di timur Khan Younis, Selatan Gaza.

Semalam, sekurang-kurangnya 87 rakyat Palestin termasuk wartawan dan anggota medik cedera akibat terkena peluru hidup dan peluru getah yang ditembak rejim Israel.

Rejim itu melepaskan lima tembakan peluru hidup dan peluru getah kepada penunjuk perasaan yang berhimpun di sepanjang pagar yang memisahkan Semenanjung Gaza yang dikepung dan wilayah yang diduduki Israel.

Difahamkan, beberapa penunjuk perasaan yang cedera ketika protes mingguan itu dimasukkan ke hospital, sementara ada yang dirawat di hospital lapangan.

Protes mingguan – ‘The Great March of Return’ – adalah protes yang dilancarkan pada 30 Mac tahun lalu oleh ribuan rakyat Palestin di Gaza – kerana menderita akibat pengepungan Israel selama sedekad.

Langkah itu terpaksa diambil berikutan kesulitan hidup di Gaza serta ancaman yang sengaja dicetuskan pihak berkuasa Israel terhadap Baitulmaqdis.

Sebelum ini, Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan, rejim Israel membunuh sekurang-kurangnya 305 rakyat Palestin dan mencederakan lebih 17,000 yang lain sejak awal perarakan. – Agensi

Papar selanjutnya

Leave a Reply

Artikel berkaitan

Back to top button
Close